"Cara hide Folder Tanpa Dikesan" Bagaimana anda
menyembunyikan folder
anda? Kepada mereka
yang sudah biasa dengan
Windows, mereka akan klik kanan > Properties > tandakan pada Hidden dan klik OK.
Tetapi ada satu lagi cara
yang lebih menarik. Cara
ini membuatkan folder
anda tidak dibaca sebagai
hidden folder oleh
Windows dan anda boleh mengakses dengan
double-click seperti
folder-folder lain. Ia
hanya menyembunyikan
folder tersebut dari
pandangan.
Paling menarik walaupun
anda tukar ke 'Show Hidden File ' sekalipun, folder ini tidak akan
kelihatan!
CARA-CARA :
1. Buat satu folder di mana
sahaja tempat yang anda
suka (klik kanan > New > Folder) 2. Klik kanan pada folder
baru dan pilih Rename .
3. Tekan butang
'Alt ' (selalunya sebelah spacebar) dan taip
'0160' (mesti menggunakan Numpad - nombor-nombor yang di
sebelah kanan keyboard
anda) dan tekan Enter .
4. Anda telah berjaya
menghilangkan nama
folder anda!
5. Klik kanan pada folder itu
lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tidak
mempunyai gambar
(selalunya ia terletak
sebelah icon mangga dan
icon bumi) 1. Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap
membuatkan folder anda
tidak kelihatan..
CopyRight By SuKiv2 MaSTeR